Siapa yang bangun pagi sebab cita-cita dia dunia, maka tak tenanglah dia. Bangun subuh lambat. Pastu dah rushing nak pergi kerja. Solat pun kalut2 asal buat je. Dah lambat ni ada meeting kat office. Nanti punch card merah pulak. Kena potong gaji lagi. Mana cukup nak bayar bil2 dan bagi makan kat family.
Bila balik kerja rasa penat. Rasa kosong dalam jiwa. Camne nak tenang macam ni… Siapa yang bangun pagi sebab cita-cita dia akhirat, maka Allah akan jadikan hati dia ‘kaya’. Itulah sebenar-benar kekayaan yang dicari. Dunia ni akan datang kepadanya dengan mudah.
Pesan Bonda:
“Kau letak Allah paling depan dalam segala urusan hidup kau. Nanti rezeki kau semua Allah cukupkan. Tak perlu bergantung kepada manusia”
Kredit; Rahim Ibrahim via Mazlan Mohamad
Leave a Reply