Inspirasi hebat; bangkit dari bisnes merudum, akak purdah bawa lori jual sayur Cameron Highland

Baru-baru ini saya lepak dengan pasangan suami isteri Siti Hasmah Mohdeen dan Nursirajudin Alaudin. Saya dah kenal mereka ni bertahun. Mereka terlibat dalam perniagaan katering, wedding planner dan macam-macam lagilah.

Bila tercetusnya pendemik Cov1d-19, perniagaan mereka menerima kesan yang sangat hebat apatah lagi di awal-awal PKP dulu kerajaan tidak membenarkan penganjuran sebarang majlis yang melibatkan kehadiran pengunjung yang ramai.

Ini membuatkan mereka benar-benar tersent4k kerana itulah sahaja punca rezeki mereka selama ini. Dalam erti kata lain – MERUDUM!

Hari demi hari mereka lalui dengan penuh rasa res4h dan gund4h, duit simpanan juga semakin habis bagi menampung kehidupan seharian, itu belum campur bil-bil yang memen1ngkan kepala. Tiba-tiba Siti Hasmah mendapat satu idea…

Dia pergi ke Cameron Highland, cari sayur segar, kemudian balik ke KL dan menjualnya kepada rakan-rakan dalam grup Whatsappnya. Dengan bermodalkan RM700, dia nek4d menghidupkan lorinya dan memandu sendiri ke sana!

Rupa-rupanya ia tidak semudah yang disangka. Ini kerana ramai peniaga atau pekebun di situ enggan menjual sayur mereka kepada Siti Hasmah dalam kuantiti yang banyak. Malah ada yang memandang sin1s kepada Siti Hasmah dan suaminya.

Namun mereka suami isteri bersabar. Setelah dua tiga kali ke sana, akhirnya dapatlah mereka membeli sejumlah sayur-sayuran segar, itupun dalam jumlah yang ‘sederhana’. Bila sampai ke ibu kota, mereka mula menghubungi rakan-rakan dan bertanyakan sama ada berminat hendak membeli sayur segar dari Cameron Highland.

Siapa sangka dalam masa singkat, LICIN sayur-sayur yang mereka jual!

Ini membuatkan Siti Hasmah dan suaminya nek4d untuk tidak berpaling lagi. Ternyata tuah menyebelahi suami isteri itu apabila mereka akhirnya bertemu seorang pekebun di sana yang sanggup membekalkan sayur dalam kuantiti yang banyak bagi membolehkan mereka berdua berniaga.

Hasilnya, dalam tempoh beberapa bulan sahaja, perniagaan sayur yang mereka jalankan mencatatkan keuntungan dan mereka mampu memesan serta mendapat bertan-tan sayur segar untuk dibeli, dibungkus dan dijual kembali kepada pelanggan.

Malah syarikat mereka, AL-Falaq FreshVeg kini sudah mempunyai tiga buah kedai menjual sayur-sayuran segar dan mampu menyediakan rider bagi memenuhi permintaan dalam talian, luar biasa!
“Masa mula-mula nak cari pembekal sayur kat sana, tiada siapa pun nak jual pada kami, memang rasa tercabar sangat.

Kemudian baru kami tahu, kebanyakan mereka yang kami temui rupanya adalah pemborong sayur juga, bukannya pekebun. “Alhamdulillah, tak lama kemudian kami dapat bertemu sendiri dengan sal4h seorang pekebun di situ, dia mengusahakan kebun sayur-sayuran di tanah miliknya sendiri di Cameron Highlands tu, dialah pembekal utama kami ketika ini.

“Kami kemudian buat keputusan untuk menukarkan kedai tempat kami masak untuk bisnes katering dulu di Sunway Batu Caves menjadi kedai menjual sayur, kami juga dah buka cawangan di Klang dan sebuah lagi akan dibuka di Kajang.

“Disebabkan kami sendiri yang pergi ambil dan membelinya dalam kuantiti yang banyak, kami dapat jual dengan harga yang lebih murah. “Kami nak jadi usahawan Muslim yang terlibat dalam pemborongan dan peruncitan sayur-sayuran di negara ini!,” kata Siti Hasmah yang akan ke Cameron Highlands sebanyak tiga kali seminggu untuk mengambil sayur-sayur segar di sana.

Ternyata kecekalan dan semangat Siti Hasmah dan suaminya memang padu…

Pada peniaga restoran, katering, hotel yang di luar sana apa kata kita support bisnes Siti Hasmah dan suaminya ini…korang yang kat Lembah Kelang ni pun jom pakat beli sayur segar kat kedai mereka, nak perkhidmatan delivery pun boleh. Call/Whatsapp je Siti di talian 017- 202 3363.

Betullah kata omputih – “Every cloud has a silver lining” atau orang Melayu kata setiap ujian pasti ada hikmahnya. Yang penting jangan putus asa dan kerja keras kerana Allah dah bagitahu Dia takkan ubah nasib kita kalau kita sendiri yang tak mahu mengubahnya.

Salute Siti Hasmah dan Nursirajudin, asal barang jadi duit!

Kredit; Syahril A. Kadir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*