Doa elak anak terlibat Z1NA yg diajar Rasulullah ﷺ

Doa ini dibaca oleh Nabi Muhammad ‎ﷺ untuk seorang pemuda yang berani meminta izin untuk berz1na.
Doa ini amat baik untuk kita baca sambil meletak tangan di atas dada anak-anak ketika menghantar mereka ke asrama, luar negara atau ke sekolah setiap hari.

Walaupun kita berusaha mendidik anak-anak, hakikatnya kita tidak mampu menjaga anak kita sepanjang masa. Tambahan pula, di akhir zaman ini, ajakan kepada maks1at sangat berleluasa melalui komik, buku cerita, media sosial apatah lagi rakan sebaya.

Sikap Nabi ‎ﷺ menyantuni anak muda yang meminta izin untuk berz1na ini juga adalah panduan bernilai buat kita. Tidak mar4h & mence.muh, sebaliknya melontarkan soalan untuk mengubah paradigma.
Begitu juga sikap Hassan Al Banna apabila mendapati anaknya membaca komik cinta. Beliau hanya memberitahu bahawa bahan bacaan Itu tidak baik dan membiarkan anaknya menghabiskan bacaan.

Keesokan harinya, baru dihulurkan buku-buku pahlawan Islam sebagai bahan bacaan alternatif.
Nabi ‎ﷺ tidak mengherd1k dan berleter kepada anak muda. Hati muda belum tentu mahu insaf jika dianc4m lakn4t dan ner4ka. Tapi jiwa muda akan terpaut kepada mereka yang melayan mereka dengan hormat dan kasih sayang.

Bawa berbincang. Sediakan alternatif. Kerap berdoa untuk mereka. Semoga kita dapat mengamalkan sunnah Nabi ﷺ dalam menguruskan anak muda kita. Allahumma solli a’la saidina Muhammad.

Kredit; Wardah Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*