Ketika ini telah tular kisah kanak-kanak dua beradik yang berusia 10 dan 7 tahun berniaga apam balik. Menurut kenyataan pemilik video itu, kanak-kanak ini terp4ksa berniaga demi membantu ayah dan ibunya yang sedang sak1t di rumah.
Hasil s1asatan Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor mendapati bahawa terdapat beberapa kenyataan yang bercanggah dengan situasi sebenar. Zakat Selangor bertemu sendiri dengan ayah kepada kanak – kanak tersebut di lokasi mereka sedang berniaga.
Ayah kepada kanak – kanak ini memaklumkan, ketika video tersebut di rakam, beliau berada di Masjid bersebelahan lokasi berniaga untuk solat sebentar, Beliau berasa sangat kes4l kerana video tersebut dirakam tanpa kebenarannya dan kini mendatangkan sal4h faham kepada mereka sekeluarga.
Situasi sebenar bukanlah seperti yang ditularkan.
Anak-anaknya masih bersekolah di sebuah Madrasah swasta, namun kini di dalam tempoh bercuti kerana madrasah didalam proses baik pulih. Beliau juga memaklumkan, sudah menjadi rutin anak-anak akan membantunya berniaga dalam tempoh ini. Isterinya pula baru disy4ki mengh1dap penyak1t jantung, namun masih tiada pengesahan dan isterinya masih menjalankan tugas menguruskan keluarga seperti biasa.
Hasil dari video yang tular itu menyebabkan ramai pelanggan mengunjungi lokasi perniagaan ini dan menyebabkan keses4kan. Ayah ini khuatir sekiranya berlaku perl4nggaran SOP pastinya akan menyebabkan kesul1tan pada perniagaannya walaupun ianya pada sudut lain menguntungkan.
Ayah kepada kanak – kanak ini juga memohon kepada masyarakat di luar sana untuk selidik terlebih dahulu dan hormatilah maruah mereka sekeluarga bukan dengan cara menularkan video yang sedemikian tanpa usul periksa.
Zakat Selangor sentiasa berusaha sebaiknya menyantuni mereka. Untuk ketika ini keperluan mereka mencukupi dan tiada sebarang masalah kewangan. “Bersama kami membantu mustahiq”.
Cdt : Ibnuhusain via LZS
Leave a Reply