Sejarah penemuan ‘TUYERE’ bukti Melayu bangsa yg HEBAT

Setiap tapak peleburan besi yang dijumpai di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok Kedah wajib ada :
Tuyere – peniup besi, Bekas bakaran relau, Sisa besi, Jongkong besi, Bijih besi; Peralatan-peralatan digunakan semasa peleburan.

Gambar di bawah adalah tuyere bangsa Melayu. Di salah satu longgokan di salah satu tapak peleburan di antara belasan tapak peleburan yang dikesan dan dibuka di Tapak Arkeologi Sungai Batu ada 2,000,000 tuyere yang dilonggokan sedalam 2 meter.


Cuba google dan baca tentang tuyere. ‘Tuyere’ ini dijumpai dan diperkenalkan perkataan dan kegunaannya di Perancis. Banyaknya artikel tentang tuyere di Perancis sehingga ada institut penyelidikan besi di Perancis disebabkan penemuan tuyere.

Berapa jumlah tuyere yang dijumpai di Perancis hingga dikenali dunia? Hanya 20 biji. Di Kedah, Malaysia dalam ladang kelapa sawit ditemui hanya satu longgokan kecil tuyere sahaja sudah 2,000,000.
Sejarah baru ini telah dikesan seawal tahun 2011.

Adakah pembaca tahu sebelum adanya halaman ini? Siapa yang patut umum pada bangsa Melayu dan negara? Kenapa tidak diberitahu penemuan super hebat ini? Lekehkah Melayu sampai tak perlu tahu sejarah bangsanya. Seawal tahun 788 Sebelum Masehi sedangkan di Barat, industri besi bermula pada kurun 16 Masehi ke atas.

Hendak tunggu kajian selesai? 9 tahun sejarah ini tidak langsung dinaikkan. Kenapa?

Bila PPAG (USM) kesan ada penempatan lama melalui bata-bata merah yang timbul di atas tanah dalam ladang kelapa sawit, mereka tanda 98 tapak. Dari 98 tapak, PPAG (USM) dah buka 54 tapak sejak 2009 sampai sekarang.

54 tapak ni mewakili binaan-binaan yang berfungsi di bawah. Syahbandar tu macam pejabat pentadbiran untuk pengangkutan jalan laut lah. Bersekali kastam, gudang, bilik akauntan dan sebagainya.

Semua tapak dalam struktur binaan yang jatuh atau roboh. Cuba bayangkan kalau ada satu saja binaan jeti yang lengkap masih berdiri di celah-celah pokok sawit. Apakah nasib bangsa ini pada masa penjajah datang ke Tanah Melayu?

Itu kalau binaan jeti. Kalau dijumpai besi-besi dilebur dalam jumlah yang banyak ketika kurun ke 17 dan 18 Masehi. Agak kita macam mana?

Kredit; Sungai Batu Tamadun Terawal Asia Tenggara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*