Flat Tongkang Yard ditutup, 222 penghuni jalani ujian saringan

Flat Tongkang Yard dekat Jalan Seberang Perak, di sini ditutup selepas disy4ki berlaku penul4ran kes C0vid-19, membab1tkan penghuni di situ. Laluan keluar dan masuk ke perumahan itu ditutup sejak pukul 6 pagi tadi.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohd Fikri Ujang berkata, tindakan itu bagi membolehkan pihaknya membuat saringan ke atas semua penghuni perumahan itu.

“Seramai 222 penghuni menjalani uj1an saringan C0vid-19 hari ini, bermula pukul 9 pagi tadi dan selesai pada 1 tengah hari tadi, selepas disy4ki berlaku peningkatan kes di kawasan berkenaan.
“Masih terdapat empat individu yang belum menjalani saringan kerana tiada di perumahan itu,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua P0lis Daerah Kota Setar Supt Mohd Redzuan Salleh berkata, t1ndakan menutup perumahan kos rendah itu diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas nasihat Kementerian Kesihatan.

“P0lis menasihatkan penduduk Alor Setar supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mematuhi arahan pihak berkuasa, berkaitan dengan tindakan penutupan kawasan berkenan,” katanya.

Kredit; MalaysiaGazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*