Berpisah selama 1 tahun, perjalanan beribu km utk jumpa isteri berakhir dgn H1BA

Kehilangan insan yang dicintai sangat mem1lukan hati sementelah insan tersebut merupakan suri hati. Itulah yang sedang dirasai seorang suami bergelar anggota pengaman Pertubuhan Badan-Badan Bersatu (PBB) UNIFIL, MALBATT 850-7 yang telah kehilangan isteri tercinta dan pergi buat selamanya.

Perpisahan selama setahun demi tugas bertukar menjadi perpisahan selamanya buat anggota pengaman MALBATT 850-7, LKpl Mohd Noh bin Samsudin yang pada ketika itu menjalankan amanah Negara dalam melaksanakan Misi UNIFIL di Selatan Bumi Lubnan.

Isteri beliau, Allahyarhamah Norhidayah binti Amishammudin telah pulang ke Rahmatullah pada 17 Sep 20, jam lebih kurang 7.01 malam di Hospital Besar Kuala Pilah akibat jangk1tan kuman pada paru-paru.
Perjalanan beribu batu dari Lubnan ke Malaysia dan takdir ketentuan Ilahi yang mengatasi segalanya tidak mengizinkan LKpl Mohd Noh bin Samsudin berada di samping isteri ketika isteri menghembuskan nafas terakhir 4 jam setibanya beliau di KLIA.

Dalam keadaan dunia bergelut dengan Wab4k Pendemik COV1D-19, beliau juga tidak terkecuali melalui prosedur kuarant1n sepertimana yang ditetapkan oleh KKM. Suasana h1ba dan p1lu turut dirasai apabila beliau berpakaian penuh Personal Protective Equipment (PPE) dan dibenarkan untuk menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat isteri tercinta lagi disayangi dengan bantuan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jenaz4h Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Yoh, Johol, Negeri Sembilan pada 18 Sep 20. Kol Khairul Anwar bin Soib, Komander MALBATT 850-7 dan Seluruh Warga MALBATT mengucapkan salam takz1ah buat ahli keluarga dan mendoakan semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh.

Tambahannya lagi, jutaan terima kasih jua kepada yang sudi membantu melancarkan urusan pengkebumian Allahyarhamah. Al Fatihah.

Saksikan lap0ran dari Berita TV9

Kredit; MyJointForce & Berita TV9

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*