Kajian Univ. of Chicago buktikan BAHAY4 kurang tidur yg mungkin tak kita sedari…

Banyak kesan bah4ya bila kita tak cukup tidur. Kesan bur0k akan berlaku pada otak dan tubuh. Suka atau tidak, nak atau tidak kesan buruk tetap berlaku. Sal4h satu kesannya ialah pada pilihan makanan yang kita buat. Perasan tak kalau kita tak cukup tidur kita akan makan lebih sikit. Cepat rasa lapar. Asyik nak berkudap saja.

Ada kajian yang telah dijalankan pasal hal ini. Kajian dari Univ of Chicago dapati kurang tidur sebabkan orang memilih makanan tidak sihat. Contoh simple carbo macam donut, kuih muih, keropok, gula gula, mee segera.

Kenapa jadi macam tu?

Tidur tak cukup g4nggu hormon lapar ghrelin dan hormon kenyang leptin. Dua dua jadi gelong. Tak stabil. Gelong macam tayar nak tercabut. Sepatutnya bila kita dah kenyang hormon leptin akan tinggi. Bagi signal pada otak “l’m full”. Otomatik lepas tu kita akan berhenti.

Tapi bila tak cukup tidur, hormon ghrelin yang tinggi. Hormon leptin rendah. Sebabnya mudah saja – kurang tidur. Tidur 4 jam semalam contohnya tinggikan hormon lapar hingga 71%. Kita jadi h4ntu lapar. Asyik nak kunyah jadinya. Nampak semua benda sedap.

Akibatnya kita akan terus makan dan makan. Kita memBESAR sebagai johan. Jadi jalur lebar akhirnya.

Kajian dari UK yang dimuat di jurnal Radiology April 2019 sahkan makin besar tubuh dan tinggi lemak, makin kecil otak jadinya. Kajian dari Leiden University Medical Center, Belanda juga sahkan perkara yang sama. Menakutkan!

Jadi nak buat macam mana?

Pastikan tidur cukup 7-8 jam. Pastikan tidur itu berkualiti. Pastikan ambil wuduk dulu. Ambil wuduk sebelum tidur turunkan suhu tubuh. Otak keluarkan hormon melatonin. Kita dapat tidur dengan lebih baik.

Kredit; DrRizal Abu Bakar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*