Jam 12 mlm masuk hospital, jam 2 pagi bangun bertahajjud & jam 5 pagi pergi buat selamanya…

Hidupnya banyak buat kerja dakwah, membantu perjuangan alim ulamak membangunkan madrasah, membuat kerja2 tarbiyah & dakwah. Beliau suka berbuat kebajikan & memudahkan urusan orang yang memerlukan pertolongan…

Malam tadi lepas bertahlil, bersembang dengan kawan2, beliau pulang ke rumah, sak1t dada, pergi ke hospital Putrajaya menunggang motosikal sendiri.  Beliau langsung ditah4n wad pada lebih kurang jam 12 tengah malam…

Pada jam 2 pagi beliau minta kebenaran dari jururawat untuk solat tahajjud dan lebih kurang jam 5 pagi beliau telah pergi mengadap Ilahi. Ya Allah, begitu mudah perjalananmu dipanggil mengadap kepada Allah swt…

Mungkin kerana hidupnya di dunia, arw4h selalu menolong orang & permudahkan urusan orang lain, hari ini beliau dijemput dengan cara yang sangat mudah. Semoga Allah swt mengampuni, memaafkan, mengasihaninya serta menempatkan rohmu Tn hj Md khalid B Abdullah ALPA Yayasan Al Jenderami di tempat orang2 yang soleh, dicintai oleh Allah swt & dikasihi oleh baginda Rasulillah saw, ameen3x Yaa Robbal a’lamin..Al fatihah..!!!

Kredit; Ustaz Masrizi, Presiden Perkid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*