Tahukah anda restoran burger terbesar dunia terletak di Jeddah, Arab Saudi?

Restoran burger terbesar di dunia terletak di Jeddah, Arab Saudi. Ia dimiliki oleh I’M HUNGRY, sebuah restoran burger yang sangat popular di sana. Besarnya saiz restoran ini adalah 2,860 meter persegi, kira-kira 11 buah gelanggang tenis.

Bayangkan berapa ratus orang boleh masuk makan dalam satu-satu masa. Kalau anak h1lang dekat sini, jenuh jugalah nak mencarinya nanti. Khabarnya restoran yang dibina ini lengkap dengan ruang indoor dan outdoor.

Menu yang laku keras di sini adalah burger daging salai double. Mereka menggunakan daging segar dan sos istimewa. Disalut dengan cheese leleh bersama daun salad, bawang, tomato dan cili. Fuh, kita yang tengok gambarnya pun dah terliur woih. Slluurrppp!

Setakat ini, I’M HUNGRY memiliki 9 buah cawangan francais di seluruh Arab Saudi. Lembaga pengarah mereka meluahkan hasratnya untuk mengembangkan bisnes ini dengan memperbanyakkan lagi cawangannya.

Kredit; Najmi Farisham

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*