Viral pula video seorang Tuanguru berkaitan dengan vaksin C0VID-19 di media sosial. Semoga Allah merahmati beliau dan merahmati kita semua. Cuma saya kesian pada Tuanguru itu dapat maklumat tak betul. Tulis perkataan VAKSIN pun tak betul. Nampak sangat tukang edit video nak kelent0ng orang.
Tuanguru merujuk ucapannya dari seorang kawan beliau bernama Dr Noorazman. Saya tidak pasti Dr. Noor Azman mana. Tetapi jika Dr. Noor Azman aktivis PPIM itu yang dirujuk, beliau bukan doktor perubatan. Orang ramai boleh semak sendiri di Medical Registry Malaysia.
Semua nama doktor perubatan yg berdaftar di Malaysia ada di situ. Andaikata benar Dr. Noor Azman (selain dia) itu adalah doktor perubatan bermakna doktor perubatan yang dirujuk tersebut juga menyalurkan maklumat tidak betul berkaitan dengan vaksin.
Dakwaan menyatakan bahawa Vaksin mRNA tak di uji pra-klinikal (pada haiwan) adalah tidak betul. Boleh baca di link rujukan di bawah. Asasnya syarikat pengeluar tersebut tidak pun melangkah bendul terus memberikan kepada manusia tanpa diuji ke atas haiwan.
Syarikat pengeluar tersebut mengikut protokol kajian dan etika yang telah pun diluluskan. Di mana kajian vaksin mRNA itu pada peringkat awalnya telah dijalankan ke atas tikus dan cimpanzi. Kemudian ke atas manusia secara berperingkat.
D4kwaan Tuanguru yang menyatakan bahawa vaksin itu dibuat oleh Y4hudi juga tidak betul dalam dunia pembuatan vaksin itu oleh pelbagai pihak bahkan pencipta vaksin Pfizer-BioNTech itu pun orang Islam, suami isteri yang bermastautin di Jerman.
Andai kata ianya mainan Y4hudi untuk membun0h dan menjatuhkan manusia lain, takkan Y4hudi Isra.el adalah negara yang pertama dan tertinggi pemberian vaksin kepada rakyat mereka buat masa ini? Net4nyahu pun sudah cuc0k vaksin itu tak m4ti pun lagi. Logiknya, Y4hudi Isra.el kena bekalkan kepada rakyat Pa.lestin yang sudah berpuluh tahun mereka berper4ng dengan pejuang Palestin untuk membun0h mereka.
Sumber; Suhazeli Abdullah
Leave a Reply