Tahniah PANGLIMA! Mulianya insan yang PEMAAF…

Kisah Abu Dom Dom yang misk1n tapi sedekahnya diterima…

Abu Dom Dom tak punya walaupun segenggam kurma, tak punya walau pun sedikit harta, tak punya walau pun sekeping dinar atau dirham, bagaimana Abu Dom Dom bersedekah? Abu Daud meriwayatkan dengan sanad mursal bahawa Rasulullah S.A.W. Bersabda kepada para sahabat, “ Adakah ada di antara kamu berasa keber4tan untuk menjadi seperti Abu Dom Dom?”

Abu Dom Dom misk1n, tak punya apa, maka, dalam kegel4pan malam, dia pun bangun dan mengerjakan solat dua rakaat seraya berdoa, “Ya Allah, ya Tuhanku! Orang-orang yang berharta boleh bersedekah dengan harta mereka, mereka yang memiliki kuda boleh menger4hkan kuda mereka (untuk kepentingan j1had) dan orang yang memiliki unta juga boleh menyiapkan unta mereka. Sedangkan aku ini, ya Allah, tidak punya harta benda. Tidak punya kuda dan tidak punya unta.

Ya Allah, kerana itu aku sedekahkan kepada-Mu dengan doaku ini dan terimalah sedekahku ini. Ya Allah, sesiapa yang berbuat zal1m kepadaku atau mencel4kakanku atau mencac1ku atau mengump4t aku daripada kalangan kaum muslimin, maka jadikanlah mereka selalu sihat, selalu mendapat kemudahan dan selalu mendapat maaf dari-Mu.”

Akhirnya, Allah pun menerima sedekahnya. “ Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) daripada orang-orang yang bertaqwa.” ( Al-Maidah: 27 )

Memang amat suk4r untuk kita memaafkan orang yang pernah menyak1ti kita dan kemudian mendoakan pula kebaikan untuk mereka. Namun itulah antara sedekah yang paling berharga yang tidak ternilai. Jadilah seperti Abu Dom Dom.

Kredit; Rozmal Malakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*