Betapa besarnya KER0SAKAN akibat DEG1L patuhi KUARANT1N

Kluster Sivagangga: 425 orang disaring, 21 positif Cov1d-19

PUTRAJAYA – Seramai 425 orang daripada kluster Sivagangga telah disaring dan daripada jumlah itu sebanyak 21 individu didapati positif Cov1d-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 362 orang didapati negatif v1rus tersebut manakala 42 lagi masih menunggu keputusan.

Menurut beliau, Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri menghadapi cabaran dalam menjalankan aktiviti pengesanan kontak rapat kerana kedai makan terbabit tidak menggunakan aplikasi MySejahtera mahupun merekod kehadiran serta suhu badan pelanggannya.

“Kluster individu bawah siasatan (PUI) Sivagangga ini merupakan sebuah kluster penularan di dalam negara yang telah berpunca daripada kes import (iaitu kes indeks bagi kluster ini).

“Kes indeks kluster PUI Sivagangga merupakan seorang pemilik kedai makan yang telah pulang ke Malaysia dari India dan diberi arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) yang didapati tidak mematuhi syarat-syarat perintah tersebut,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Selain Kluster PUI Sivagangga, terdapat kluster aktif lain yang didapati tidak mematuhi HSO yang dilaksanakan dari 10 Jun hingga 23 Julai lalu iaitu Kluster Elsa, Kluster PUI Novgorod, Kluster PUI Pitakwa, Kluster PUI Melbourne, Kluster PUI Ramnad, Kluster PUI Al Khobar, Kluster PUI Shirala.

Sila klik pautan untuk baca berita penuh  Kluster Sivagangga: 425 orang disaring, 21 positif Cov1d-19

Dr. Noor Hisham berkata, satu kes baharu yang telah dilaporkan dalam kluster Sivagangga (iaitu kes ke-9000) merupakan seorang pelanggan tetap kedai makan tersebut. Individu berkenaan telah menjalani saringan Cov1d-19 kendiri di sebuah fasiliti kesihatan swasta pada 27 Julai 2020 dan keputusan saringan Rapid Test Kit Antibody didapati negatif, ujarnya.

Bagaimanapun, tambah beliau, pada 31 Julai lalu, individu berkenaan mula mengalami gej4la dem4m dan b4tuk namun tidak menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Klinik Kesihatan terdekat untuk rawatan segera.

Hanya sehari kemudiannya, iaitu selepas penglibatan dalam aktiviti-aktiviti semasa Hari Raya Aidiladha, kes telah memaklumkan bahawa beliau merupakan kontak rapat kepada kes indeks. “Susulan itu, saringan dijalankan dengan menggunakan uj1an RT-PCR dan kes didapati positif Cov1d-19 sebelum telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan.

“Mengambil iktibar daripada kes ini, KKM ingin mengingatkan masyarakat supaya tidak menyimpan atau merahsiakan sebarang maklumat penting seperti sebarang kontak dengan kes-kes positif cov1d-19 atau maklumat yang berkenaan daripada pihak berkuasa, katanya.

PKPD Pentadbiran Empat Mukim di Kedah Bermula Hari Ini

Memperincikan perkara itu, beliau berkata, empat kawasan terbabit ialah Restoran Nasi Kandar Salleh di pekan Napoh, Kampung Pida Satu di Megat Dewa, Kampung Bendang Dalam Mukim Binjal di Kubang Pasu dan Kampung Ulu Sanai di Padang Terap yang kesemuanya terletak dalam radius satu kilometer dari restoran tersebut.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor memutuskan akan melaksanakan Temco di empat mukim.

Kerajaan Kedah akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Sasaran (Temco) di empat mukim, dalam usaha untuk membendung kluster Sivagangga yang merekodkan 11 kes baru positif Cov1d-19 hari ini.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah mengarahkan lima buah sekolah di dua daerah di negeri itu ditutup selama 28 hari mulai hari ini.

Sumber; KKM & Malaysia Gazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*