Cinta Antara Benua; Kahwin pun SALAH? Ini nasihat Ustaz Yaakub Yusra kepada GENG BAWANG…

KAHWIN PUN SALAH?

Sehari dua ni non stop Netizen sedang menambah deposit dosa pada pasangan yg sah2 dh dapat pahala kerana menyempurnakan sebahagian dr iman mereka dgn perkahwinan.

Soal perkahwinan kacuk ini telah pun di buat 1 kajian oleh Dr Haryati Abd Karim pada tahun 2016bersama pelajar beliau didalam kajian “Bidik Isu Kahwin Campur” . Antara ringkasan yg dpt dibuat perkahwinan campuran adalah berpotensi menjadikan zuriat yg bijak dan lebih cantik.

Yg kita nak menafikan ketentuan soal jodoh orang dah kenapa? Dalam doa harian jelas kita minta pasangan yg “Penyejuk Mata” bkn warna putih ka hitam ka tinted atau apa2..

3 perkara yg Allah dh aturkan buat manusia sblm manusia diciptakan.
1) rezeki
2) jodoh
3) ajal

Biasanya yg dok membawang dan komen luc4h terok2 ni mungkin masih forever alone atau mungkin Allah dh izinkan laluan jodoh tu mudah cuma bab rezeki tersangkut. Apa2 pun sapa jua yg membaca ni moga Allah memberikan kemudahan dari sudut rezeki dan jodoh yg baik buat kalian.

Tak perlulah kalian nk sibuk nnt anak warna apa, mcm mana malam pertama kedua ketiga depa.. itu adalah kehidupan mereka. Alangkah baiknya kita doakan yg baik buat mereka. Mungkin dgn asbab pernikahan ni, kawan2 suami dia dr negara sana lebih cenderung utk kenal dgn budaya dan agama kita. Itu kan juga namanya Dakwah.

Ambil masa yg ada muhasabah tentang kita ,keluarga dan masyarakat kita. Data menunjukkan sekarang stiap hari ada lebih dari 100 anak luar nikah dilahirkan. Bahasa mudah, pasangan2 ini tidak bernikah. Baik cari penyelesaian ni dari sibuk kec4m pernikahan org..

Apa2 pun hitam nampak kemas! ??
Saya tak hitam ya, cuma tinted ja..alhamdulillah anak ok ja..xjd pn kaler taik cicak seperti kec4man2 di facebook..??

Ya Allah..pada sesiapa yg pernah mengherdik dan membawang pada mana2 pasangan maka ampunkanlah dosa2 kami..

Ya Allah..pada sesiapa yg sedang berusaha menghalalkan pasangan masing2 maka permudahkanlah..

Ya Allah…pada sesiapa yg telah berkahwin kurniakan zuriat soleh dan solehah serta memberi manfaat kpd ummat..

AMEN YA RAB..

sumber; Mohammad Yaakub Yusra

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*