Mengadulah kpd Tuhanmu nak, khabarkan betapa JAH4TNYA engkau diperlakukan…

Zubaidi Amir, saya tonton video yang viral, dikongsi oleh ahli keluarga angkat yang menjaganya sejak berusia 2 bulan hingga ke 6 tahun di Rawang Selangor, akhirnya dalam keterpaksaan dan meredhakan memulangkan Amir ke pangkuan ibu kandungnya di Melaka, sekitar Oktober 2020.

Kisahnya ibu kandung Amir itu adalah kawan kepada salah seorang anak kepada ibu angkat Amir, yang sukar nak membesarkan Amir ketika itu sedang belajar. Maka Puan Norlida menawarkan untuk menjaga Amir…

6 tahun bukan satu tempoh yang sekejap, cubalah bayangkan air mata yang tumpah dan kerinduan yang terhasil apabila terpaksa berpisah, saya kira sebab itulah video perpisahan itu viral. Dan sekarang, Januari, viral kisah seorang lelaki melaporkan anak tirinya m4ti lemas dalam tong air biru dalam bilik air.

Hasil bedah siasat mendapati anak itu telah dider4 sebelum m4ti lem4s. Luka, lebam, seluruh badan dan sebagainya. Anak tiri yang ditemui m4ti itu adalah Amir. Allahuuuuu…… Saya mengaku saya menitiskan air mata

Tengok gambar ni, rasa syahdunya. Gambar diambil jiran beberapa hari sebelum Amir ditemui m4ti.
Syurga buatmu, wahai Amir. Dan kepada ibu kandung dan bapa tiri itu, saya tak mahu tulis apa-apa. T4kut tulis panjang, terkeluar kata-kata tak sepatutnya…

Kredit; Syahr Musafir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*