- AYAM ialah makanan kegemaran r4kyat Malaysia. Ia dijadikan lauk yang dimakan dengan nasi ataupun dir4tah begitu sahaja setelah dig0reng atau dipangg4ng.
Peribahasa Melayu juga banyak merujuk kepada ayam sebagai teladan. Misalnya berkaki ayam, ajak-ajak ayam, rabun ayam, mus4ng berbuIu ayam dan banyak lagi.
Ayam juga dijadikan lagu, antaranya dinyanyikan oleh Jalil Hamid..
Ringkasnya, ayam dan kehidupan harian kita suk4r dipisahkan..
Apabila kita mendapat berita harga ayam melamb0ng naik, kita jadi m4ti akal buat seketika. Kita jadi terkejut, terkedu, kaku dan 0tak kita membeku buat seketika seolah-olah dunia ini telah berhenti berputar.
Kita menjadi bengis dan mar4h. Ruang di mana kita berada ketika itu menjadi gelanggang seni bela diri campuran (MMA). Apa sahaja hidupan yang berada dalam ruang tersebut akan jadi sasaran. Waima lalat yang buat penerbangan pintas di hadapan kita untuk ke dapur pun kita terkam dan beIasah, mengalahkan pembuIi di sekolah berasrama penuh.
Kenaikan harga ayam hidup, ayam mentah dan ayam yang sudah dimasak menyebabkan pelbagai pihak mula menuding jari antara satu sama lain. Umpama lagu Bangau Oh Bangau, pembeli menyalahkan peniaga, peniaga menyalahkan pembekal manakala pembekal menyalahkan orang tengah.
Orang tengah menyalahkan penternak, penternak menyalahkan pembekal makanan ayam, r4kyat menyalahkan ker4jaan dan akhirnya mungkin ayam itu sendiri yang dipersalahkan.
Sebagai pengguna, kita berhak untuk membuat pilihan. Jika harga ayam itu mahal bagi kita, jangan makan ayam. Pilih makanan lain misalnya ikan, sementara menunggu harga ayam kembali stabil.
Siakap dan sotong pun tidaklah mahal sangat seperti digembar-gemburkan jika dibeli di pasar atau kedai makan yang biasa-biasa.
Namun, jika terp4ksa makan ayam juga atas faktor kesihatan, keagamaan dan lain-lain, berjimatlah perbelanjaan pada perkara lain seperti rok0k dan minyak kenderaan untuk membeli ayam.
Apabila ker4jaan mengumumkan untuk mengimport ayam sejuk beku dari China dan Thailand, ada pihak musykil dan ragu-ragu dengan status halalnya.
Dalam bab halal dan haram, orang Melayu sangat sensitif tanpa mengira pangkat dan darjat. Mereka tidak mahu makanan dan minuman haram menjadi darah daging mereka dan kemudiannya diwarisi pula oleh anak cucu kelak.
Oleh itu, ker4jaan mesti memastikan ayam sejuk beku yang diimport dari luar negara benar-benar halal.
Diharap segala tindakan yang diambil oleh ker4jaan bukanlah sekadar hangat-hangat tahi ayam. Dalam keadaan sekarang, rakyat ibarat ayam berinduk, sirih berjunjung. Tambahan pula ada dalam kalangan rakyat umpama anak ayam kehilangan induk.
Janganlah rakyat dianggap seperti ayam tak patuk, itik tak sudu. Semoga segala pertelagahan mengenai kenaikan harga ayam dapat ditangani sebaik mungkin kerana carik-carik buIu ayam, lama-lama bercantum juga.
Dengan izin Allah SWT, harga ayam akan kembali stabil suatu hari nanti dan bekalan ayam tempatan mencukupi.
Buat sementara waktu, berkorbanlah sedikit dalam perbelanjaan jika masih ingin makan ayam ataupun pilih menu makanan selain ayam.
N. NASIR, Bangi, Selangor.
Sumber : Utusan Online
Leave a Reply