M4LANG buat penduduk sekitar Masjid Al-Khairiyah, mungkin ramai yg terbatal puasa pd 19/04/2021…

MOHON SEMUA AMBIK PERINGATAN DAN PENGAJARAN *KENYATAAN RASMI MASJID AL-KHAIRIYAH*

Assalaamualaikum. Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Al-Khairiyah Tmn Seri Gombak memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan Maghrib *tiga (3) minit sebelum masuk waktu sebenar pada hari Isnin @ 7 Ramadhan 1442 @ 19 April 2021* disebabkan oleh masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid

Para jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa Tuan/Puan telah *terbatal* pada hari tersebut dan perlu diganti/diqadha’.

Begitulah pandangan jumhur ulama’ dari kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama’ Hanbali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqadha’. Para jemaah boleh ikuti syarah hukum melalui siri Bayan Linnas Siri Ke-97 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017. Sekali lagi kami mohon maaf dan Insyaallah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi.


*Hj Wan Nawawi*
*Nazir Masjid*
*20/4/2021 @ 6.30pm*

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*