Korea Utara – M’sia bakal terima ‘akibat’ krn ekstradisi ejennya kpd AS

1. Hari ini Korea Utara memberi anc4man kepada kita bahawa Malaysia ‘akan menerima akibat’ kerana mengekstradisi seorang rakyat (ejen) mereka ke Amerika Syarikat. Kita seluruh rakyat Malaysia jangan gentar dengan anc4man ini atas beberapa sebab yang akan dihurai di bawah.

2. Ada empat sebab utama kita tidak perlu gentar (namun perlu tetap berwaspada dan berhati-hati) dengan anc4man terbaru Korea Utara: pertama, masalah konsistensi kemampuan Korea Utara, kedua, kemampuan agensi perisikan, keselamatan, dan ketenteraan kita (Cawangan Khas SB PDRM)…

Dan Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan ATM). Ketiga, kepentingan negara sekutu kita seperti Five Power Defence Arrangements (FPDA) melibatkan United Kingdom, Australia, New Zealand, dan Singapura. Keempat, faktor kepentingan Amerika Syarikat dan China.

3. Masalah konsistensi kemampuan Korea Utara: meski pun Korea Utara memiliki keupayaan teknologi nuklear selepas kejayaan bom hidrogen pada 2016, namun sistem peluru berpandu Intercontinental Ballistic Missile (ICBM) mereka masih bermasalah.

4. Dua pelu.ru berpandu ICBM Korea Utara yang mampu menyer4ng Malaysia pada jarak lebih 4000 kilometer ialah Hwasong-12 dan Hwasong-14 dengan siri kejayaan ujian pada 2017. Namun begitu, para pakar mempersoalkan dari segi konsistensi kemampuan ICBM Korea Utara ini berikutan kadar kegagalan ketika ujian yang agak tinggi.

5. Malah, jika Korea Utara cuba melancarkan ICBM ke arah Malaysia dari dalam negara mereka sekali pun, ia akan dikesan terlebih dahulu oleh sistem THAAD (Terminal High Altitude Area Defense) milik Amerika Syarikat di Korea Selatan. THAAD bahkan mampu memintas dan memusnahkan pelu.ru berpandu di altitud melebihi 40 km.

6. Agensi perisikan, keselamatan, dan pertahanan kita juga jangan sama sekali dipandang rendah: Cawangan Khas atau SB (Special Branch) agensi perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cukup berpengalaman dengan taktik K0munis bukan sahaja ketika era Per4ng Dingin dan Darurat, bahkan ketika anc4man keselamatan kontemporari.

Dengan anc4man terbuka Korea Utara hari ini, pastilah SB akan mengambil langkah lebih bersiap-siaga menjangka pelbagai senario, termasuklah kemungkinan Korea Utara melakukan taktik seperti sab0taj, pembun0han bersasar, atau pun menyasarkan kemudahan awam strategik di negara kita.

7. Angkatan Tentera Malaysia juga kini memiliki Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) yang bertugas ‘Mengkoordinasi semua aspek sistem siber dan elektromagnetik pertahanan melibatkan operasi dan latihan’, ‘bekerjasama dengan semua agensi kerajaan dan swasta berkaitan komunikasi dan elektronik bagi kepentingan ATM’, dan juga ‘bekerjasama dengan Angkatan Tentera negara-negara sahabat ke atas semua aspek komunikasi dan elektronik bagi kepentingan bersama’.

8. Kita juga memiliki FPDA: Five Power Defence Arrangements (FPDA) bersama-sama Australia, United Kingdom, New Zealand, dan Singapura di mana kelima-lima negara ini akan serta-merta membincangkan bertindak balas sekiranya salah satu daripada mereka diserang secara ser4ngan ketenteraan konvensional.

Meski pun ia tidak memiliki komitmen ketenteraan yang mengikat seperti NATO, namun FPDA cukup kritikal dalam menjamin survival Malaysia dan Singpura selepas British memberikan kemerdekaan pada 1957 (asalnya AMDA Anglo-Malayan Defence Agreement).

9. Bagi dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China, Malaysia adalah cukup penting untuk dipertahankan atas sebab strategik dan ekonomi. China tidak akan menuruti segala kehendak Pyongyang; meski pun kedua-dua negara ini berkongsi ideologi K0munis, namun mereka berpegang pada versi berbeza.

China menerima modal asing secara terkawal, tidak tertutup seperti Korea Utara, dan tidak menjadikan mana-mana keluarga sebagai dinasti pemimpin seperti Kim di Korea Utara. Malah, Korea Utara membangunkan nuklear pada 1980-an sebagai lanjutan ideologi usaha untuk ‘berdikari’ (Juche) bebas daripada China dan Soviet pada 1977.

10. Bagi China, lokasi negara kita yang strategik antara Lautan Hindi, Selat Melaka, serta Laut China Selatan yang membekalkan lebih 80% import tenaga kepada mereka, laluan industri perkapalan mereka, ditambah dengan projek-projek mega mereka di Malaysia seperti ECRL, akan mendorong Beijing untuk mencegah Korea Utara daripada bertindak agres1f secara ketenteraan konvensional ke atas Malaysia.

11. Bagi Amerika Syarikat pula, Malaysia adalah antara pembekal elektronik dan semikondukor yang tidak kurang kritikal kepada komponen ketenteraan mereka untuk pembuatan pelbagai aset dari pesawat pejuang hinggalah ke ‘aircraft carrier’.

Ditambah dengan lokasi Malaysia sebagai antara destinasi pelaburan dan modal Amerika, tentulah sebarang cubaan Korea Utara untuk menggodam atau memusnahkan infrastruktur kewangan kita akan cuba untuk dicegah dan dihalang dengan kerjasama selektif.

12. Faktanya, kes ini meletus kerana kita men4ngkap dan mengekstradisi Mun Chol Myong ke Amerika di bawah Seksyen (13) (b) Akta Ekstradisi 1992, penggubahan wang h4ram serta melanggar sekatan Pertubuhan bangsa Bersatu (PBB).

Kita juga memiliki Artikel 11(4) Triti Ekstradisi di antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Amerika Syarikat, maka langkah kita menghormati Triti ini seharusnya turut mendorong Washington untuk menunjukkan sokongan yang sama seandainya kita benar-benar berdepan ancaman serius Pyongyang kelak.

13. Sama-sama kita doakan semoga agensi perisikan, keselamatan, dan ketenteraan kita seperti Cawangan Khas SB PDRM dan Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan ATM di bawah koordinasi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipelihara dalam melindungi keselamatan dan kedaulatan negara kita.

Kredit; Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD Faculty of Governance and Global Affairs,
Leiden University, Belanda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*