Innalillahi wainnailaihi roji’uun… Hanya Allah maha membalas jasamu Kak Moh. Muslimah pertama yang aku kenali apabila membuka tanah di kg Alor Belanga untuk kompleks Tahfiz An Nur Besut dan dia antara yang membantu urusan membeli tanah.
Sifatnya sangat prihatin dengan apa sahaja berkaitan dengan tahfiz, jika berkenduri kendara tahfiz dia paling sibuk mengerah anak buah muslimah. Ini kerana pengaruhnya di kampung sebagai ketua muslimah sebelum kesihatannya mula merosot. Beliau mantan guru PASTI Khairiah Alor Keladi.
Sewaktu jas4dnya sihat, solatnya berjemaah di masjid Tahfiz. Adik bongsunya yang sering ke masjid juga telah men1nggal dunia dalam usia yang relatif muda. Minggu lepas adalah kali terakhir aku berbual dengannya, berhenti kereta di depan rumahnya untuk berziarah…
Ziarah terakhir dan sampul amanah…
Dia menghulurkan satu sampul surat berisi not-not kelabu… “Ustaz, buatlah sesuatu untuk tahfiz” getar suaranya lemah tapi jelas. Insan yang sentiasa memahami bahawa hidup ini bukan sekadar berhujung di dunia. Akalku terus membayangkan sebuah pondok wakaf kayu yang cantik yang akan meneduhkan tetamu tahfiz dan para santri.
Malam kelmarin dulu, apabila kak Mah mula tak sedarkan diri, anak tahfiz membacakan surah yaasin dan pagi kelmarin suami Kak Moh menghantar mesej pesanan bahawa kak Moh semakin n4zak. Aku terus ke rumah mantan ketua muslimah cawangan ini bersama doktor relawan Muslim Care Malaysia. Nadinya semakin lemah dan jam 12.25 semalam, beliau kembali ke alam abadi. Umurnya menginjak 57 tahun.
Terbayang suaranya jika berprogram, membantu sehabis kudrat sehinggalah kesihatannya merosot dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Ramai yang menyolati jen4zah Kak Moh pagi tadi di masjid tahfiz, moga Allah menempatkan beliau di kalangan yang beriman. Jasanya akan terus membekas di hati kami semua, warga tahfiz an nur.
Sumber; Ustaz Riduan Mohd Nor
Leave a Reply