Antara kehebatan Islam ini adalah tiada kasta dan kebenaran tidak dinilai berdasarkan berapa lamakah seseorang itu telah Islam tetapi kebenaran dinilai berdasarkan hujah yang dibawa.
Ya, kami muallaf dan kami berbangga sebagai Muslim kerana majoriti sahabat Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam juga adalah muallaf. Kami akan bersuara!
“Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.”
(Muhammad 47:38)
Aku baru “setahun jagung” memeluk islam, Tetapi apabila bercakap soal #atomy, aku dicop berlebih-lebih. Aneh tapi benar, bagaimana seseorang yang mengaku islam ORI begitu trigger apabila kita mendedahkan atomy adalah syarikat missionary.
Sifarnya mudah, jika sudah jelas dan nyata syarikat mengakui tujuan bisnes mereka untuk kristianisasi, kenapa muslim (berkenaan) masih beriya nak join dan pertahankan? Syarikat ini untuk orang kristian (atau bakal kristian) yang ingin menyumbang dana secara tak langsung dalam gerakan kristianisasi.
Entah siapa yang islamnya ORI atau fake, Yang berjuang untuk agama atau yang dibutakan oleh RM? Kalian rasa?
Kredit; Gloria Charlie & Firdaus Wong Wai Hung
Leave a Reply