Manusia jah1l dan jah4t berbagai ragam. Ahad lepas 3 Januari 2021 saya bersama 2 anak pergi basuh kereta di kedai basuh kereta bekas murid dewasa saya di Selayang Segar. Ketika kereta hampir siap, ada seorang pelanggan muda bising-bising tak mahu bayar harga kereta yang dibasuh.
Si pelanggan muda dalam lingkungan usia awal 30an bersama 3 anaknya yang masih kecil. Orangnya nampak kurang adab kerana semasa menunggu dia berterusan mengh1sap vape tanpa mempedulikan anak2nya yang kecil dan pelanggan lain. Antara dialognya yang saya masih ingat:
“Kamu ni Bangla! Jangan kurang aj4r! Lain aku suruh, lain kau buat! Aku suruh basuh luar sahaja, kenapa kamu cuci dalam sekali? Aku hantar kau balik Bangla baru tahu!”
Pekerja Bangla cuba mempertahankan diri dan bercakap elok2 dengannya menyatakan mereka dah jelaskan pada pelanggan tentang basuhan luar dan dalam. Apa jawapannya sambil menunjukkan tapak kakinya pada pekerja Bangla?
“Kau nampak kaki aku ni? Nak makan kaki? Aku tak peduli! Aku tak mahu bayar! Kau kurang aj4r! Panggil siapa boss kau? Oh kau besar kepala ye mentang2 ada orang jaga kau! Aku tak mahu bayar! Panggil boss kau sekarang!”
Saya tak tunggu lama, selepas selesai kenderaan saya dicuci saya terus balik. Di rumah saya terfikir cara nak bantu pekerja Bangla itu daripada terus dian1aya. Boss mereka (bekas murid saya) pernah menceritakan bagaimana mereka selalu dibul1 sesetengah pelanggan yang nak4l dan JAH4T.
Ada yang mend4kwa duit ratusan ringgit yang disimpan dalam kenderaan habis dikebas pekerja Bangla, lalu mereka diu.gut dengan senj4ta agar membayar. Akibatnya! Pekerja Bangla ini terpaksa membayar bimb4ng diu.gut s4mseng dan sebagainya.
Semalam (6 Januari 2021) saya singgah lagi di kedai ini membasuh kenderaan dan mencadangkan agar boss mereka menyediakan BORANG KHAS (lampiran gambar) untuk semua pelanggan agar para pekerja Banglanya tak lagi dian1aya.
Pagi ini, boss mereka hubungi saya dan menceritakan kesudahan kisah si pelanggan tempohari. Bila boss mereka datang berunding, si pelanggan tetap enggan membayar (RM 7 sahaja) dan enggan beredar. Apa tuntutannya?
“DIA MAHU PEKERJA BANGLA YANG DID4KWA B1ADAB ITU SUJUD DAN MEMINTA MAAF!!”
Inna Lillah! Betapa angk0hnya pelanggan ini. Akhirnya boss mereka terpaksa memanggil P0lis mengh4lau si pelanggan. Dia beredar tanpa membayar satu sen pun. Semoga Allah beri hidayah kepada si pelanggan yang angk0h dan bantu para pekerja Bangla yang datang berkerja mencari rezeki halal di negara kita.
Sumber; Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim
Leave a Reply