Nak bayar bil rawatan ibu bapa, anak-anak BERGAD0H?

Hari ni , Macam biasa aku incharge jabatan kecemasan salah sebuah hospital swasta . Macam2 kes lah datang. Dari tadi tak menang tangan . Dalam banyak2 kes yang datang ni , Ada satu kes yang aku rasa dapat beri iktibar kepada diri sendiri dan orang lain.

Datang seorang anak dan ibu berbangsa cina ke jabatan kecemasan. Emak dah berumur hampir 75 tahun . Si anak berumur linkungan 40+ tahun .Si Ibu Ada masalah tulang belakang , Yang bakal di bedah minggu depan.

So macam biasa aku ambik la history semua , So last sekali aku tanya… Ada insurance tak? Si anak geleng kepala .. “ Whatt ?!!” Aku berbisik sendirian “ Takde insurance ? “ Bisik hati “ Puan tak ada insurance , maknanya bayar sendiri ya ?” Tanya aku, Si anak mengangguk ..

Kalau aku kira2 balik ni , Makan puluh ribu jugak operation ni .. So aku teruskan bertanya.. “ You sure kan ? You self paying .. Sebab i rasa this operation mahal ..” Balas Aku. Si anak tadi mengangguk …
So aku pun saja la tanya , Kerja apa , Bisnes apa , Anak dia pun friendly, jenis melayan Si Anak ada 4 Adik beradik Semuanya kerja biasa saja . Bukan owner bisnes.

Jadi aku saja lah tanya , Banyak duit nak spend ni , Ok ke ? Dia balas… “ Kami adik beradik memang dari muda , 20 tahun dulu , Sudah buka satu akaun , Setiap bulan kami masuk duit dalam itu akaun . Simpan untuk emak . Kalau emak sudah tua .. Tak ada insurance , Jadi jika kami ada wang simpanan , Kami boleh hantar mak ke hospital yang terbaik .”

Fuh .. Lepas dia explain macam ni .. Dengan gaya dia yang sempoi , Handbag plain tak berjenama …
Dengan senyuman dia bagi .. Bangga dia boleh bayar sendiri .. Tak payah nak tunggu insuran confirm bagai, Tak ada nak garu2 kepala .. Pehh .. Padu … Rasa macam kena lempang pun ada…

Betul jugak tu !! Dasyat , Mereka bukan berjawatan tinggi pun , Tapi bila adik beradi pakat menabung . Banyak boleh dikumpul Of course kalau boleh kita nak beri yang terbaik untuk ibu bapa kita , Kalau boleh nak hantar dorang ke hospital swasta. Lebih selesa dan cepat, Tak perlu bersesak di hospital kerajaan…

So dekat sini , Ramai di antara kita bergantung pada insuran. Kalau insuran dah tak cover ..?
Pergi hospital kerajaan lah jawabnya kan ? Mungkin apa yang aku pelajari hari ni boleh diguna pakai untuk semua orang.

Kalau ada adik beradik ramai , Buka lah satu akaun untuk mak bapak yang tersayang , Tiap2 bulan menabung dekat situ. tak terasa sangat nanti Sikit sikit lama lama jadi bukit Untung makcik tu dapat anak anak macam ni …

Kalau korang ? Macam mana ? Nak masuk tahun 2021 dah ni … Iphone 12 , Ps5 Boleh beli , Honda ketam boleh modified ,… takkan simpanan untuk mak ayah pun nak berkira.. Kamon man… Nanti bila dapat tau kos pembedahan, Dah tak pasal gaduh adik beradik siapa nak tanggung kan ?

Ada ka orang kita amalkan sesuatu yang macam ni ? Sampai bila nak mintak bantuan orang lain ? Sampai bila nak mengharap kerajaan ? Sampai bila nak salah kan orang lain ? Sampai bila nak mengharap dengan insuran ? Sampai bila nak guna facebook minta derma ? Padahal dari awal kita boleh rancang kan .. Dah prepare ke duit tabung untuk mak bapak kita ?

Kredit; Dr Yazeed Hair Johari.
Bacaan lanjut klik www.dryazeedhairi.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*