M4hkamah Tinggi memutuskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku bersalah menerima r4suah RM2 juta daripada seorang ahli peniagaan. Tengku Adnan yang berada dalam kandang m4hkamah ketika keputusan itu dibacakan hakim hanya tunduk mendengar keputusan yang dibacakan hampir 25 minit.
Hakim Mahk4mah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan ketika membacakan rumusan keputusan 80 muka surat itu berkata, pend4kwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah pada akhir pembelaan tempoh hari.
Dalam penghakiman yang dibacakan dalam Bahasa Inggeris, Mohamed Zaini berkata, tertud0h sebenarnya tidak pula menafikan wang RM2 juta itu dimasukkan ke akaun Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB). Wang itu did4kwa telah digunakan untuk dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Dakwaan ini tidak menyakinkan saya kerana ketika itu tertud0h bukanlah menjawat jawatan Bendahari Agung UMNO dan bukan juga Ahli Parlimen untuk kedua-dua kawasan PRK itu. “Timbul keraguan wang berkenaan telah digunakan untuk PRK tersebut,” katanya ketika membacakan keputusan bersalah itu.
Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, did4kwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada Tan Sri Chai Kin Kong, yang juga Pengarah AKSB.
Wang tersebut diterima melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik THSB, yang mana beliau juga mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Klik pautan untuk baca berita penuh Tengku Adnan didapati bersalah terima r4suah RM2 juta
Kredit; MalaysiaGazette
Leave a Reply