Kisah tauke kasut Cina MAR4H pekerja Melayu tak solat dan puasa…

KOTA BHARU: Memang sah wujud jenis tauke Cina yang mar4hkan pekerja Melayu ketika masuknya waktu solat dan bulan puasa. Sazali Latiff, 64 tahun berkata perkara itu berlaku ketika beliau bekerja di kedai kasut Cina ketika beliau berusia 17 tahun.

“Walau pun dia Cina dan bukan Islam, tapi sebaik saja masuk waktu solat, dia hambat tubik (halau keluar) kami pekerja Melayu keluar dari kedai, dia suruh pergi sembahyang jangan duduk dalam kedai.
“Kami sembahyang di surau berdekatan, lepas solat baru tokey benar saya dan kawan masuk.

Pada Ramadan dia akan mar4h kalau nampak pekerjanya p0nteng puasa. “Awak Islam kenapa tak puasa, kita sendiri malu dengan teguran beliau. Inilah contoh betapa orang Cina yang bukan muslim yang memahami adat dan adab akan sentiasa memastikan pekerja Melayu menunaikan kewajipan agama, ” kata Sazali.

Beliau yang menimba ilmu membuat dan membaiki kasut di Yuan Seng Kedai Kasut (bangunan kedai sudah lama roboh), kemudian berupaya berdikari membuka kedai sendiri di Pasar Lama MPKB (juga sudah diroboh).

Selepas pasar tersebut dirobohkan, beliau mengambil keputusan membaiki kasut di kaki lima Jalan Temenggong sehingga sekarang dengan berulang alik dari Kampung Penambang ke Kota Bharu.
Sazali yang mempunyai 40 tahun pengalaman membaiki kasut mengimbau kenangan paling manis sewaktu bekerja dengan tauke Cina itu ialah dia pernah diberi peluang membuat kasut untuk tuanku Al Sultan Kelantan.

“Saya mendapat hadiah selendang daripada tuanku, disampaikan oleh petugas istana. Memang saya menjunjung kasih dan kenangan itu tak dapat dilupakan.” Walaupun tidak tahu nama sebenar tauke, tapi selepas tauke meninggal, Sazali masih berhubung dgn anaknya yg bernama Ah Hong yang kini menjual kelengkapan membaiki kasut di lorong Gajah Mati.

Katanya, kali terakhir beliau membuat kasut ialah pada 1990 iaitu kasut uniform MPKB. Kini beliau hanya membaiki kasut dan belum terfikir untuk bersara kerana kerja membaiki kasut membolehkan beliau kenal ramai orang dari pelbagai kaum.

“Saya belum mahu bersara kerana selagi ada kudrat, saya nak terus kerja, “katanya. Perbualan kami terhenti apabila sebuah lori yang berhenti di depan kami horn, seorang pemandu India. “Itu kawan saya, Raja. Saya berkawan dengan semua, saya juga ramai kawan Cina, beginilah Kelantan, kita macam adik beradik,” kata Sazali.

Kredit: Media Speed Media Events & Distribution via  Kelantan State
Kiriman Info: LC Fang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*