Mudir pondok dikata S0MBONG krn tolak sedekah lebihan lauk kenduri…

Bukanlah menyomb0ng ataupun besar diri. Tapi inilah hakikatnya mengapa saya sering menolak lauk lebihan kenduri bila di hantar ke madrasah. Lauk lebihan kenduri yang sayang untuk dibuang akhirnya dihantar ke madrasah dengan alasan tidak mahu membazir tapi sebenarnya ketika dihantar lauk ini sudahpun separuh basi. Hantar pukul 6 petang.. pukul 7 sudah basi dan berbuih.

Lebih m4lang lagi semalaman pelajar tido dengan bau masam dan busuk dari lauk2 basi ini. Malah pagi2 buta lagi pelajar2 tahfiz terp4ksa menyelsaikan pula masalah “tuan rumah kenduri” semalam iaitu buang lauk pauk. Di mana kami nak buang lauk yang berperiuk periuk ini.?

Hampir tiap-tiap minggu inilah rutin harian kami. Bukan tidak menolak tapi ketika hantar tuan lauk begitu mem4ksa..akhirnya kami mengalah. Dan inilah kami tanggung setiap kali…

Saya pernah menyebut dalam kuliah2 saya tentang perkara ini berkali2. Namun ada suara2 mengatakan saya s0mbong dan sebagainya sering saya katakan kalau sayangkan pelajar tahfiz atau betul2 ingin berkongsi makanan dengan kami hantarlah pada waktu tengah hari ketika lauk pauk masih panas dn menyelerakan. Kalau sibuk kami boleh datang ambil. Tapi kalau t4kut makanan tak cukup..tak perlu r1saukan kami. Di madrasah pun setiap hari kami masak.

Alhamdulillah anak2 tahfiz sentiasa cukup makan. Kadang2 ada juga orang yg upah katering 2 3 malam berturut2 utk jamu anak2 syurga ni. Tak kurang juga yg sering hantar beras, minyak; telur, ayam, kambing dan mcm2 bahan mentah utk kegunaan dapur madrasah. Alhamdulillah ahli2 quran sentiasa dijaga rezeki mereka oleh Allah. Oleh sebab itulah kami selalu mengelak lauk lebihan kenduri..

Apapun saya ucapkan terima kasih kerana tuan rumah masih lagi ingat kami. Walaupun di hujung2 hari. Kami juga ucap terima kasih sebab bersusah payah hantarkan lauk pauk walaupun setelah penat seharian melayan tetamu. Terima kasih sebab tak lupakan kami. Kami sentiasa doakan agar tuan2 dimurahkan rezeki dan diberkati. Bagi pengantin moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Aminn

Kredit; Kelate Kito

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*