Wow! 2 anggota P0LIS cetus idea ‘BONET MPV’ bantu penduduk kampung

Program ‘Bonet MPV’ yang dicetuskan oleh Koperal Nornizam Nordin dan Koperal Fazrul Hisham Jaafar Sidek dari Unit Kereta Peronda (MPV), Balai P0lis Alor Janggus, Ibu Pejabat P0lis Daerah Kota Setar, Kedah ini sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka yang amat memerlukan bantuan terutamanya bagi penduduk kampung di Alor Janggus.

Usaha murni yang dilakukan sangat membanggakan Pasukan. Menurut Koperal Nornizam idea tersebut muncul ketika mereka melakukan rondaan di kawasan kampung semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang lalu di mana terdapat beberapa keluarga yang terputus bekalan makanan ekoran penul4ran pendemik COV1D-19.

Justeru, perbincangan bersama rakan setugas dan ketua p0lis balai membuahkan hasil apabila sebulat suara bersetuju untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban penduduk yang memerlukan melalui program yang dinamakan ‘Bonet MPV’ ini.

Teruskan usaha murni ini dan pastinya bantuan yang dihulurkan memberi seribu makna serta kegembiraan buat mereka. Semoga menjadi inspirasi buat semua!


Sumber: Balai Polis Alor Janggus,Kedah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*