Pagi tadi saya dan abang sempat menyaksikan perlawanan Khabib Nurmagomedov (juara) dan Justin Gaethje (juara interim) dengan penuh debaran. Bukan kerana menyokong sukan kontr0versi ini. Saya sendiri tidak pernah berminat untuk berjaga menonton apa-apa sukan sebelum ini.
Namun minat saya dan abang sejak remaja terhadap seni bela diri membuatkan kami sering mengikuti rapat jaguh yang hampir tidak pernah dititiskan dar4hnya di gelanggang ini. Bagi saya, Khabib setidak-tidaknya telah berusaha menjadi contoh muslim terbaik bagi sukan yang sebelum ini terpalit dengan pelbagai isu moral.
Seorang Muslim yang baik dan berprinsip…
Khabib pernah mengatakan sebelum ini bahawa beliau mahu mengubah tanggapan orang ramai terhadap suka bela diri campuran ini. Di saat sukan ini dipenuhi dengan sikap b1adap dan angk0h, Khabib sentiasa menunjukkan sikap horm4t dan merendah diri walaupun sangat terkenal dan digeruni.
Di saat sukan ini sentiasa dipenuhi kata-kata n1sta, Khabib sentiasa mengucapkan “alhamdulillah” dan kata-kata inspirasi di atas segala anugerah. Mereka yang kenal dengan Khabib akan tahu betapa beliau adalah seorang yang sangat jujur dan berperinsip.
Menolak tawaran ratusan juta dolar kerana janji…
Sebagai muslim, Khabib telah menunjukkan sifat berpegang pada janji apabila sanggup menolak tawaran bernilai ratusan juta dollar untuk memutuskan kontraknya bersama UFC. Khabib pernah memberitahu beliau sering mendapat tawaran sedemikian dari pelbagai pihak untuk bertar0ng di gelanggang luar…
Namun beliau menolak sekiranya akan memberi kesan terhadap syarikat yang beliau bernaung di bawahnya kerana mengenang jasa syarikat yang telah menaikkannya sejak awal dan tidak mahu menjadi seperti ular apabila sudah berjaya.
Khabib juga telah menunjukkan prinsipnya yang tidak mudah kabur dengan wang ringgit sehingga pernah mengatakan, sekiranya beliau ditawarkan walau sebanyak lima bilion dolar sekalipun untuk pertarungan ulangan dengan musuhnya Conor McGregor…
Beliau tidak akan menerimanya, kerana sikap dan moral McGregor yang dianggap sangat bermas4lah. Beliau tidak mahu menjadi seperti pesaingnya itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi habuan dan populariti, sedangkan beliau bertarung untuk legasinya.
Beliau sering memperkenalkan Islam terhadap kenalan-kenalan di dalam medannya. Betapa ramai yang dilihat tertarik pada Islam melalui akhlak dan prinsip yang ditunjukkan oleh juara dunia ini. Betapa Khabib diceritakan sangat menjaga solatnya.
Semua rakan-rakan non-muslim yang pernah bersama atau berlatih dengannya pasti akan menyebut tentang perkara ini yang membuatkan mereka sangat menghormati Khabib dan teman-temannya.
Ramai kenalannya yang sanggup datang ke bumi kelahirannya Dagestan dan menyatakan sangat tertarik dengan pekerti beliau dan rakan seperjuangannya.
Menghorm4ti tetamu…
Beliau pernah membayar semua kos penginapan hotel, makanan dan perjalanan kesemua kumpulan petarung yang datang menziarahinya dari Amerika sehingga membuatkan mereka kagum dengan sifatnya yang sangat memuliakan tetamu.
Antara yang paling menarik perhatian semua ialah hubungan Khabib dengan ayahnya Abdulmanap yang telah melatihnya dari kecil. Umum mengetahui betapa taat dan hormatnya Khabib terhadap ayahnya yang baru sahaja meninggal dunia beberapa bulan lepas.
Khabib sempat membina sebuah pusat sukan yang didedikasikan dengan nama ayahnya sebagai tanda penghargaan. Beliau juga selalu dan selalu berpesan supaya menjaga kedua orang tua selagi mereka masih ada peluang.
Di antara impian ayah dan kemahuan ibu…
Antara impian ayahnya sebelum menghembuskan nafas terakhir ialah Khabib bertarung lagi dua perlawanan bagi menyempurnakan rekod tidak terkalahnya menjadi 30-0. Pertarungan pagi tadi merupakan perlawanan ke-29 beliau.
Sekiranya Khabib memenangi perlawanan ini, ayahnya ingin beliau menamatkan kariernya menentang George St Pierre, seorang jaguh hebat yang merupakan antara idola Khabib sebelum ini. Namun dalam perlawanan ke-29 Khabib pagi tadi yang merupakan pertarungan pertama setelah pemergian ayahnya…
Ibu Khabib pada awalnya tidak mengizinkan Khabib untuk bertarung lagi tanpa kehadiran ayahnya yang telah men1nggal dunia, sehinggalah Khabib berjanji kepada ibunya bahawa ini merupakan pertarungan yang terakhir baginya dan beliau akan mengotakan janji tersebut melainkan mungkin sekiranya ibunya kelak ingin menunaikan hajat arw4h ayahnya.
Akhirnya setelah kemenangan mudah penuh bergaya ke atas juara interim tadi, Khabib kelihatan bersujud buat seketika dan kelihatan menang1s. Beliau meninggalkan sarung tangan pertarungannya di gelanggang sebagai tanda persaraannya. Kita bukannya menyokong sukan ini…
Namun kita menghargai usaha Khabib yang telah berdakwah melalui mesej dan teladan yang terbaik di gelanggangnya yang sangat mencabar yang boleh dikatakan hampir mustahil mesej dakwah kita mampu sampai ke sana. Akhir kata, selamat bersara sang juara yang tidak terkalah…
Sumber; Dr Kamilin Jamilin
Leave a Reply