Walaupun baru selesai menjalankan tugas, Konstabel Muhammad Khairul Azhar Abdullah dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Putrajaya sudi membantu seorang pelajar yang terkand4s dalam perjalanan ke sekolah dengan menghantarnya menaiki motosikal.
Menurut hantaran yang dibuat oleh Ruki. di akaun Twitternya, anggota polis itu sanggup membonceng pelajar berkenaan yang juga sepupunya ke sekolah bagi menduduki peperiksaaan, selepas jalan yang biasa dilalui terpaksa ditutup ekoran kemal4ngan melibatkan dua buah lori di Persiaran Utara.
“Terima kasih banyak abang p0lis @PDRMsia tolong hantar sepupu saya pergi exam walaupun dah habis waktu kerja. Jalan blocked, ada lori acc1dent, dia ada exam pukul 9am. Maaf tak tau nama abang polis ni. Kalau tau tolong tag nama dia ya!,” kongsi beliau.
Terima kasih Konstabel Muhammad Khairul Azhar atas keprihatinan anda dalam membantu memudahkan urusan pelajar berkenaan. Semoga anda sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan orang awam.
Lokasi : Putrajaya exit ke Cyberjaya
Sumber: Twitter Ruki.
Kredit; Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Leave a Reply