Jumpa YDPA utk bagi jumlah sokongan je? Mana pergi jumlah sokongan yg kukuh dan meyakinkan sebelum ini?

Pada 8 Oktober lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut “pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan sepertimana yang saya sebut sebelum ini”.

Sangat mal4ngnya, hari ini, Istana Negara melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, memaklumkan bahawa dalam pertemuan ini Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sekadar mengemukakan “jumlah” MP yang didakwa menyokong beliau tetapi tidak mengemukakan “senarai nama” MP untuk mengukuhkan d4kwaan tersebut. 

“Keterangan lengkap” apakah namanya jika langsung tiada senarai nama MP pun yang dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong?

Adil dan beretikakah tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyus4hkan dan meletakkan beb4n kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mencari sendiri siapa “lebih 120 MP” yang did4kwa menyokong beliau itu?  Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar yakin dengan jumlah MP yang menyokong beliau, mengapa tidak beliau senaraikan satu per satu nama semua MP yang did4kwa menyokong beliau itu?

Kredit; Dr Kamarul Yusoff

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*