Pekerja Sunway Pyramid pula kena C0V1D 19

Terdapat satu kes Cov1d-19 hari ini melibatkan kakitangan sebuah premis perniagaan di pusat membeli-belah Sunway Pyramid hari ini. Pusat membeli-belah terkenal itu dalam kenyataannya memberi jaminan situasi adalah terkawal susulan t1ndakan pantas penyewa premis terbabit.

Jelasnya, pekerja sebuah kedai barangan sukan di tingkat 1, Sunway Pyramid mempunyai sejarah perjalanan tanpa memberi butiran dari negeri atau negara mana.

“Kami ingin meyakinkan semua penyewa, vendor dan pelanggan bahawa kes itu adalah kes terpencil dan pengurusan bersama penyewa yang terbab1t sudah mengambil t1ndakan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejurus kes itu dikenal pasti.

“KKM juga sudah menghubungi mereka yang melakukan kontak dengan individu berkenaan dan sudah diarahkan menjalani ujian saringan serta kuarant1n. “Kami juga bekerjasama dengan premis yang terjejas untuk menyelaraskan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh serta mengemas kini isu ini dengan berkesan dan cekap,” katanya.

Kredit; MalaysiaGazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*