Datuk Seri Dr Zulkifli dan jirannya…

Sebentar tadi saya hadiahkan Kerepek Peria untuk jiran bukan Muslim berbangsa Cina di hadapan rumah. Nampak mudah tetapi jika setiap dalam kalangan kita berbuat baik sesama jiran dan rakan taulan berlainan bangsa dan agama di setiap masa dan keadaan, saya percaya kita akan membina satu iklim kewujudan bersama (co-existence / al-ta’ayush) yang lebih muhibah dan harmoni.

Rasulullah SAW memberikan petunjuk dalam hal ini melalui sabdanya:
الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ
Maksudnya: Orang-orang yang penyayang itu akan dikasihi oleh al-Rahman (Allah yang Maha Penyayang). Kasihilah sesiapa yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh yang berada di atas langit. Riwayat al-Tirmizi (1924)

Dalam hadis tersebut, kalimah مَنْ (sesiapa) adalah antara lafaz yang memberi makna umum. Ini memberi makna bahawa Islam menyuruh supaya sikap rahmat dikongsikan terhadap sesiapa sahaja yang berada di atas muka bumi seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, alam sekitar, orang tua, lelaki dan perempuan, kanak-kanak, hatta kepada orang bukan Islam itu sendiri.
Kita adalah “duta” bagi agama kita.

Kredit; Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*