Perkara Yang Paling kuat, besi, angin, tidur

Ini cerita betul, ini bukan rekaaan. Siapalah tentera Allah yang paling KUAT di dunia ini. Antara jawapan adalah BUKIT, bukit sangat besar, tersergam tiada yang dapat mengatasi kekuatan bukit. Tetapi dikatakan bukit tidak kuat, BESI lagi kuat kerana besi mampu diciptakan senjata dan mampu meruntuhkan bukit. Maknanya besi lebih kuat.

Datang yang lain, mana kuat besi, yang kuat adalah API kerana ia boleh cairkan besi. Datang lagi yang lain menyatakan AIR lagi kuat kerana air mampu memadamkan API. Tetapi AWAN membawa air, maka awan lebih kuat dari air. Dalam masa yang sama ANGIN boleh membawa awan ke mana-mana, maka dikatakan angin lebih kuat.

MANUSIA lebih kuat kerana manusia mampu menepis angin dengan tangan atau bajunya sahaja. Tetapi dikatakan MENGANTUK lebih kuat, kerana mengantuk boleh mengatasi manusia walau sekuat mana kita. Tetapi TIDUR lebih kuat kerana selepas mengantuk kebiasaannya adalah tidur.

DUKACITA mampu mengatasi tidur, sekiranya manusia dalam keadaan dukacita ada yang tidak mampu tidur dengan baik sehingga ada yang perlu dapatkan ubat tidur dari penyakit imsonia. Tetapi analisa belum berakhir adalah di mana IMAN itu mampu mengatasi dukacita manusia. Maksudnya setiap perkara yang Allah ciptakan ada kekuatannya tetapi yang paling tinggi adalah tahap keimanan kita terhadap Allah swt.

Untuk lebih lanjut, boleh tengok video penerangan secara jelas :

AAM 2020; Apakah Perkara Yang Paling kuat? Antara Besi, Angin, Tidur Dll.

AAM 2020; Apakah Perkara Yang Paling kuat? Antara Besi, Angin, Tidur Dll.

Posted by Dar Taibah Barakah on Sunday, 30 August 2020

Sumber : AAM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*