Fenomena Ustazah Asma Harun

“Makcik senang tengok Ustazah Asma’ ni. Baik pakaian dia, cara dia bagi ceramah, cara dia layan orang, kita rasa dekat je… Lagilah untuk warga tua dan orang2 kampung macam kami,” bicara spontan seorang wanita yang agak berusia ketika ditanya mengapa minat kepada Ustazah Asma’ binti Harun waktu kehadiran beliau ke Johor Bahru tempoh hari.

Saya sendiri tak menyangka akan kehadiran luar biasa di setiap program beliau di JB akhir2 ini. Teringat waktu kali pertama hendak menjemput ustazah ke selatan tanah air ini. Banyak masjid surau saya tanyakan namun kebanyakannya memberi respon tak sedia untuk menerima beliau.

“Siapa ni?” soal mereka.

“Ustazah baru meningkat naik. Boleh tengok video beliau di youtube. OK juga penyampaian dia,” jawab saya yang sebenarnya ketika itu sedang mencari solusi menghadapi isu Ustazah Norhafizah tak dibenarkan berprogram di Johor (sekarang dah okey)

Waktu tu saya tunjukkan gambar ustazah yang kelihatan agak remaja. Nampak comel2 gitu. Sehingga ada yang kata ‘tak sesuai’. Rata2 menolak. Maka saya akur. Hanya satu masjid sahaja yang terima. Itupun diforumkan. Manakala satu lagi hanya buat di rumah kediaman sahaja.

Selang beberapa bulan, sekali lagi saya uruskan jemputan beliau ke JB. Itu pun kerana hendak ‘bayar hutang’ pada beberapa pihak apabila saya ambil keputusan tangguhkan semua program beliau yang dijadualkan sebelum bersalin demi kesihatan kandungannya.

Pada ketika itu sudah nampak satu ‘gelombang baru’. Sambutannya masya Allah. Ada yang kata selepas subuh dah bersiap duduk tercongok di masjid kerana nak berada di barisan hadapan dalam pengajian dan Ia berlanjutan ke program2 seterusnya. SubhanAllah…

Begitu juga dengan kehadiran beliau baru2 ini yang asalnya bukan saya yang uruskan jemputan malah saya sendiri tak kisah pun ustazah hadir ke bumi Johor melalui siapa. Tiada perjanjian apa2 antara kami. Saya sendiri sudah edarkan nombor telefon PAnya setiap kali ada yang bertanya.

Itupun apabila dapat tahu Ustazah ada berprogram di sini masih ramai yang wasap bertanya semula pada saya slot mereka bila pula? Ada yang kata sampai hati lupakan mereka. Aduh… Sungguh! awalnya saya sendiri tak tahu apa2.

Dalam kata tak tahu apa2 tiba2 muka inilah juga yang dok mengekor buat live hampir semua program. Bimbang juga nanti ada yang kata saya menipu ke apa. Mujur ustazah kerap ulang2 dalam ceramahnya bahawa arrangement last minutes sebenarnya.

Ya, memang ada yang hanya dua hari sahaja persiapannya. Selepas setuju. Malamnya saya usahakan poster. Esoknya satu hari kami sebarkan. “Ramai atau tidak kita redha sahajalah… Program last minutes,” kata penganjur.

Dan inilah yang dikatakan fenomenanya. Hanya dua hari persiapan namun kehadiran tetap luar biasa. Alhamdulillah…. Mudah-mudahan situasi ini bukan sekadar dilihat pada populariti semata tetapi juga sangat bermakna sekiranya dimanfaatkan sungguh2 untuk perkembangan ilmu juga agar menjadi rujukan ramai masyarakat yang perlu bimbingan.

Difahamkan ustazah sendiri sedang usahakan sesuatu demi menjawab banyak persoalan2 yang ditujukan kepada beliau yang tak mampu dijawab secara langsung. Didoakan moga apa yang dirancangkan menjadi kenyataan.

Saya yakin beliau tak hanyut dengan kerlipan populariti ini cuma berharap sangat agar warga muslimat dapat mengawal keterujaan dan memelihara adab meskipun sangat meminati beliau. Terutama adab dalam majlis ilmu serta adab dengan guru.

Nak kata tentang populariti ini saya sendiri terima sedikit tempias bilamana kerap diulang2 oleh ustazah nama ustaz yang bukan ustaz ni dalam ceramahnya. Sehingga hari ini masih lagi ada pihak yang hubungi untuk urusan jemputan Ustazah Asma’ . Sekali lagi saya ulang…. hari ini kita menang…. eh silap! Baik, saya ulang sekali lagi saya bukan PA sesiapa tetapi sekadar pemudah cara. Khadam Kuliah aka Konsultan Susun Kuliah.

Nak jemput sesiapa pun saya bantu sekadarnya. Kita berusaha manakala antara dapat atau tidak bergantung rezeki juga ketentuan Yang Maha Esa. Moga manfaat ilmu setiap asatizah kita tersebar dengan meluasnya.

Kepada Ustazah Asma’ Harun, selamat maju jaya.

Kredit; Ahmad Fairoz Daud, Khadam Kuliah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*